July 08, 2007

Redha

Aku tak pernah putus daripada berdoa utk kedua ibu bapa kami, Mama, Mama Kuantan, Papa, arwah Abah….

Aku harap2 sangat Mama dan Papa redha dengan aku….dengan apa yang aku buat sekarang ni…....duduk jauh daripada mereka..carik rezeki di sini…carik pengalaman…belajar hidup susah…aku tahu, masa makin lama makin berlalu, mereka makin lama makin tua…tapi aku sentiasa berdoa agar mereka dipanjangkan umur, kami berdua dipanjangkan umur, supaya kami dapat membalas budi mereka….walaupun kecik sebesar zarah kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka….banyak yang aku nak buat…bawak mama ngan papa gi haji, operate mata papa, belikan rumah, bawak mama ngan papa jalan ke sini…hadiahkan cucu…

..aku harap sangat aku sentiasa dapat peluang bantu kirimkan duit kepada ibu bapa kami sampai bila-bila…

....aku harap sgt aku jadik anak yang baik utk Mama dan Papa….

...aku harap sangat utk sentiasa jaga tutur kata, tak meninggikan suara, jaga hati mereka….

Ya Allah jadikanlah aku anak yang taat ya Allah…..

..jangan jadikan aku anak yang derhaka….

..Tolonglah kami agar kami dapat bantu kedua ibu bapa kami…

..tapi bila Kau kurniakan kesenangan kepada kami, janganlah pula Kau lalaikan kami daripada kewajipan kami….


- No comments Not publicly viewable


Add a comment

You are not allowed to comment on this entry as it has restricted commenting permissions.

July 2007

Mo Tu We Th Fr Sa Su
Jun |  Today  | Aug
                  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31               

Search this blog

Most recent comments

  • oh, hensem nye, jehan miskin!!!!!!! Tahniah!!!!!!!!! 4 meetin jehan…......... by Arysha on this entry
  • i love this song too…thankz for the translate…i can;t do that!! by nuraini on this entry
  • Saya sokong apa yang telah Najmil Faiz lakukan. Bukan senang seorang yang dapat Gred 3 dalam SPM unt… by Tengku on this entry
  • Aiseh kak liza..malu la saya..hehehehhe by Bibi on this entry
  • isk rindu gak laa kat kak rose sapekate xwinduuuuuu… kak kuyan saya dah lame meninggalkan power sy… by apis585 on this entry

Blog archive

Loading…
Not signed in
Sign in

Powered by BlogBuilder
© MMXX