March 24, 2005

Chewah..!!!!

My article masuk Forum utusan gaks!!!
Tapi banyak editlah…but it's oklah…..

Banyak lagi kejayaan sudah dicapai anak Melayu

Saudara Pengarang,
SETELAH membaca mengenai kejayaan membanggakan yang dicapai oleh Nazmil Faiz Mohamed Aris, cerita kehebatan adik Ahmad Harraz Mohd. Reza, dan tidak lupa juga Nur Amalina Che Bakri, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya berhubung keupayaan anak-anak muda Melayu kita dalam memartabatkan Malaysia dalam bidang pendidikan amnya dan penyelidikan khasnya.

Suka saya menceritakan di sini serba sedikit tentang kejayaan seorang lagi rakyat kita di United Kingdom (UK).

Beliau telah pun memperoleh PhD dalam usia yang baru mencecah 25 tahun pada tahun lepas di salah sebuah universiti terkemuka UK.

Yang lebih membanggakan ialah beliau telah mendapat biasiswa daripada universiti itu sendiri untuk pengajian PhD kerana kejayaannya yang amat cemerlang ketika menuntut dalam ijazah kejuruteraan di universiti yang sama.

Semasa pengajian PhD, beliau juga telah membuat kajian dengan salah sebuah syarikat terkemuka di United Kingdom.

Kejayaan rakan saya ini juga jarang-jarang dicapai oleh anak Melayu kita.

Beliau kini sedang menunggu isterinya yang juga bakal memperoleh PhD dalam bidang kejuruteraan di universiti yang sama dan juga antara yang termuda di negara kita.

Sebenarnya, ramai lagi graduan PhD dan bakal graduan PhD muda yang telah dan akan terhasil, khususnya anak Melayu kita. Cuma kita kurang cakna atau kurang ambil berat tentang keadaan ini.

Saya amat bersetuju pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang situasi hari ini apabila terdapat ramai saintis Muslim yang menyumbang pengetahuan mereka dalam bidang sains dan menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi di negara maju dan negara bukan Islam kerana negara-negara Islam meminggirkan mereka dan tidak melayan mereka dengan baik.

Saya amatlah berharap perkara ini tidak terjadi di tanah air kita sendiri.

Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain sememangnya mahu pulang ke tanah air sebaik sahaja tamat pengajian kerana kami seperti saudara Najmil, juga bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai graduan tempatan yang sama hebat, bahkan lebih hebat daripada graduan negara maju.

Jika di UK mereka ada pelbagai peruntukan untuk saintis pasca-doktor mereka yang kebanyakannya juga masih muda, maka kami juga amatlah berharap pihak kerajaan dan swasta turut menyokong dan menghargai perjuangan kami dalam bidang penyelidikan, agar kita dapat `duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan pesaing-pesaing kita di negara maju.

Memang tidak dapat dinafikan betapa pentingnya pelaburan terhadap golongan saintis muda tempatan yang penuh dengan idea segar, seperti saudara Najmil dan rakan saya, kerana kamilah bakal menggenggam kejayaan negara menjelang wawasan 2020 nanti.

Adalah tidak mustahil seandainya potensi kami dikenal pasti oleh negara-negara maju itu sendiri, lantas diterkam oleh mereka.

Saya akhiri dengan kata-kata Presiden Sukarno yang lebih kurang begini: ``Berikan saya 10 orang pemuda, maka akan bisa saya goncangkan dunia''. – KUYAN, Coventry, United Kingdom.


- 11 comments by 1 or more people Not publicly viewable

[Skip to the latest comment]
  1. encik kosong-kosong hampas kelapa

    Oleh PELAJAR UK
    SAYA merujuk surat pembaca bertajuk ‘Najmil Faiz, wira sebenar bangsa’ yang disiarkan Harakah dan Harakahdaily baru-baru ini.

    Saya mengenali Najmil Faiz sejak bertahun-tahun lalu kerana tinggal berdekatan di Leeds, UK. Secara asasnya, saya menyokong sebarang anugerah kepada pelajar yang cemerlang, dengan syarat, biar dia benar-benar cemerlang.

    Maksud saya, Najmil Faiz dicalonkan sebagai pelajar terbaik, cemerlang, gemilang sebab beliau adalah Naib Presiden Kelab Umno Leeds/Bradford! Ini yang membuatkan saya naik angin dengan Umno.

    Saudara boleh search ‘google’ untuk melihat nama Najmil Faiz iaitu dalam laman web Kelab Umno UK.

    Masa balik ke Malaysia ketika bercuti, beliau digandingkan dengan Amalina (yang dapat 18A di peringkat SPM). Amalina memang cemerlang dan patut menerima anugerah.

    Maklumat yang saya kumpul:

    1. Amalina adalah orang Kelantan (emaknya berasal dari KB) ayah tiri orang Johor, tapi hal ini tidak ‘dihighlight’ akhbar tempatan berbahasa Melayu.

    2. Najmil Faiz ditabalkan oleh Kelab Umno Leeds/Bradford sebagai 'pelajar terbaik' semasa lawatan TPM Najib Tun Razak ke Manchester.

    3. Najmil Faiz berasal dari Pasir Mas, Kelantan (emak Kelantan/ayah orang Perak) tetapi ini pun tidak ‘dihighlight’ langsung dalam akhbar berbahasa Melayu, hanya dikatakan dia berasal dari Perak.

    4. Najmil Faiz hanya ‘present research proposal’ ketika ekspo pendidikan di London, bukan ‘research findings’. Semua ‘research proposal very promising’, tapi ‘findings’ macam mana? Itu belum boleh dijawab oleh beliau (belum ada sebarang penerbitan) tapi telah diiktiraf oleh Umno sebagai terbaik!

    5. Najmil Faiz belum menerbitkan sebarang ‘research paper’ yang melayakkan dia untuk dapat PhD. Sila rujuk laman web Engineering School, Leeds Metropolitan University (guna google), boleh dapatkan alamat e-mel dia di laman web itu dan sahkah perkara ini.

    6. Anugerah yang diberikan kepada Najmil Faiz 'Good Prospect Research' hanyalah bermaksud ‘research’ yang mempunyai ‘prospect’ untuk dijalankan. Anugerah ini tidak pernah didengari dalam bidang akademik. Sila ‘search’ dalam google, pasti tak jumpa. Atau sila tanya mana-mana ahli akademik, pasti tak ada seorang pun yang tahu.

    Saya tak mempunyai sebarang permusuhan dengan Najmil Faiz tapi amat tak bersetuju apabila Umno pandai-pandai bagi 'anugerah' hanya semata-mata nak mengembirakan hati Najib.

    Saya sebagai ahli akademik sangat membenci perkara ini kerana lambat laun ia akan merosakkan sistem pendidikan.

    Saya sedia memberikan lebih banyak maklumat mengenai kegiatan Kelab Umno di UK yang banyak menyusahkan pelajar bahkan merosakkan sistem pendidikan negara.

    03 Oct 2005, 10:47

  2. Miharbin bin Ali

    The rules of the game:
    If support UMNO then get free award
    If UMNO gives an award then the student will be the best

    03 Jan 2006, 09:37

  3. me

    Well, I have to say this.
    Ramai je yang ada PhD as young as 25, cuma yelah, tak seglamorous mcm org lain cos we didn't get 15A1 yada yada yada
    Inshaallah, i myself akan habis by end of this year and I am 24 now.

    30 Mar 2006, 16:02

  4. JUARA

    Sebiji Guli Dalam Tin Sardin

    Apabila terbaca beberapa artikel blog ini saya terpanggil untuk memberi pendapat tentang surat pembaca bertajuk ‘Najmil Faiz, wira sebenar bangsa’.

    Pertamanya, saya berpendapat bahawa memberi hadiah atau anugerah kepada seseorang yang telah berbakti dan berjasa terhadap sesuatu badan atau komuniti adalah amat digalakan dan merupakan suatu amalan yang baik terutamanya apabila ia bertujuan untuk menggalakan orang lain melakukan kejayaan atau bakti yang serupa. Tetapi anugerah cemerlang adalah satu anugerah yang bebeza dan ia perlu melalui satu siri penilaian yang amat berhati–hati. Setiap calon yang dinamakan perlu dinilai secara adil dan mestilah mengikut kriteria–kriteria yang ditentukan lebih awal.

    Dalam kes Najmil dan Najib ini kedua–dua mereka terperangkap dalam satu aturcara yang diprogramkan oleh amatur yang tidak berpengalaman. Mereka hanya penyampai dan penerima anugerah. Orang yang bertanggungjawab ialah panel pemilihan. Siapakah mereka? Adakah mereka layak membuat penilaian? Apakah kriteria–kriteria pemilihan? Adakah proses pencalonan di war–warkan kepada semua? Semua ini adalah perkara yang perlu diketahui sebelum pemilihan dibuat, lebih–lebih lagi apabila melibatkan anugerah yang besar dalam bidang akademik. Anugerah yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

    Saya percaya ramai lagi pelajar Malaysia yang lain menerima anugerah tertentu dalam persidangan akademik yang mereka sertai tetapi tidak mendapat anugerah seperti yang Najmil dapat. Saya bersimpati kepada mereka malah lebih lagi kepada Najmil kerana terpaksa menempuh semua kritikan disebalik anugerah tersebut. Namun begitu saya masih kagum dengan rakyat Malaysia kerana ramai lagi yang masih celik untuk membuat penilaian biarpun yang lain berkata siapa kita untuk menilai mereka.

    14 Jun 2006, 11:52

  5. nurliani bt abd aziz

    Bagi saya tentang anugerah yang diterima Najmil tidak perlu menjadi persoalan.Entah mengapa ramai yang tidak berpuas hati dengan anugerah kecemerlangan yang diterima oleh Najmil.Tapi apa yang paling boleh dibanggakan tentang anak muda ini adalah usaha,semangat dan azam yang sangat kuat yang amat mempengaruhi orang lain seperti saya yang mula mencontohi usahanya yang benar-benar meesap dan sebagi inspirasi kepada saya.Harap tidak ada lagi orang yang mengutu Najmil yang selama ini begitu tekun dan bersusah payah bukan saja untu dirinya tapi untu negara juga.

    10 Dec 2006, 07:16

  6. Azrin Anas

    Mungkin apa yang hendak saya cakapkan ini banyak berpihak pada saudara Najmil tetapi saya tidak pula menghentam mana-mana pihak yang ingin memberikan hujah atau pendapat mereka sendiri. Saya sangatlah bersetuju dengan saudari Nurliani tentang komen atau pandangan beliau pada saudara Najmil Faiz. Bagi saya setiap orang memang layak untuk menerima sebarang jenis anugerah dan tidak perlulah kita persoalkan anugerah yang telah diterima oleh orang itu. Cemerlang atau betul-betul cemerlang adalah satu yang subjektif. Kalau kita hendak mencari setiap budak yang pandai di Malaysia, saya tidak nafikan memang terlalu ramai. Mereka juga mungkin dikalangan orang-orang yang telah menerima anugerah malah lebih cemerlang dari Najmil. Macam saudara Najmil, anugerah yang diterima inilah yang akan membakar semangat beliau untuk terus megekalkan kejayaan beliau. Mungkin kita pernah dengar pepatah ini “Hendak Berjaya memang mudah tetapi untuk mengekalkan kejayaan itu amatlah payah.” Bila kita renungkan seorang budak berpangat 3 semasa di sekolah menegah dulu adakah mereka sedar untuk bangkit semula dari kegagalan? Saya tidaklah mengatakan yang tidak ada sama sekali memang ada. Tapi berapa ramaikah bilangannya? Adakah mereka betul-betul sedar? atau seperti melepaskan batuk di tangga? Cuba kita fikirkan. Jadi kenapa kita perlu menghentam orang lain seperti Najmil? Beliau sedar dari kegagalan beliau dahulu. Beliau cuba bangkit dari kegagalan beliau sehinggalah beliau dapat mengharumkan nama negara dengan kajian-kajian beliau. Haruskan beliau menerima anugerah ini?. Kalau ditanya pendapat saya, memang la harus. Kita patut berbangga dengan kejayaan anak melayu sekarang dan mendoakan agar lebih ramai yang lain akan menjadi seperti beliau. Jadi, jangan bercakap pasal orang lain kalau diri kita sendiri pon tidak betul. Ambil contoh dari saudara Najmil, lakukan setiap tugasan dengan bersungguh-sungguh nescaya satu hari nanti kita juga akan menerima anugerah dan mungkin anugerah yang kita terima lebih baik dari apa yang saudara Najmil terima. Akhir kata sambut cabaran saya untuk membuktikan yang kita juga boleh menjadi seperti beliau malah mungkin lebih baik lagi. Seperti apa yang telah dilaungkan oleh PM kita supaya menjadi seorang yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Wasalam.

    09 Jan 2007, 06:40

  7. joe pg

    apsal budak kelantan Siti Fatimah Mukhtar, 18 tak diisytihar sebagai pelajar terbaik SPM tahun ni? Adakah kerana

    - dia org Kelantan & bersekolah di sekolah kerajaan negeri(baca PAS)?
    - cara study dia dengan menghafaz juga al quran tak match dengan Nur Amalina yg study sambil menonton AF3?
    - pakaiannya(tudung bulat) islamik berbanding Amalina(tudung beropol lagi..)

    Moga anugerah yg diterima Faiz adalah berdasarkan pencapaian akademik semata2 & bukan kerana dia ahli/berjawatan dalam Kelab Umno

    bacaan tambahan
    http://abechik.wordpress.com/2007/03/16/kementerian-seperti-tidak-iktiraf-kejayaan-pelajar-yik/

    11 Apr 2007, 01:31

  8. fathi haron

    Najmil Faiz yang pernah mengaku sebagai pelajar terbaik PhD di UK telah gagal dalam pengajiannya dan kini berkerja sebagai tukang sapu di UK. Laporan Kelab UMNO Luar Negara, London.

    20 Jun 2007, 04:51

  9. Ehh…jgnlah nak salahkan Najmil Faiz ke saper ke….kalau dia fail ke apa ke….korang yg sibuk sgt tak puas hati tu ada ke nak tolong dia ke apa ke?
    ...
    aku yg tulis artikel tu tujuan asalnya sebab aku bangga giler ngan member aku husband & wife tu….aku pun takdelah nak berlagak ke apa ke….and aku skang ni pun macam tak lepas je PhD…masa tulis artikel tu memang berkobar-kobar, tapi liku-liku dan dugaan yg aku lalui, hanya aku, suami aku dan Allah je yang tahu….aku gagal sekarang, tapi InsyaAllah, kepayahan dan kesusahan yg aku lalui ni, aku akan tempuhi jugak, dan satu hari, kalau bukan pun sekarang, aku memang nak dapat PhD…

    Yang kau Fathi Haron…dahlah, kenapa nak cakap Najmil Faiz tu tukang sapu?Apa salah ke jadi tukang sapu?Buat apa nak kecoh2 kat blog aku dia tukang sapu?Kau tu bagus sgt ke?

    21 Jun 2007, 19:25

  10. fathi haron

    Yb Tengku, saya tak salahkan sesiapa.. saya bangga bila ada orang berjaya. Yang saya sebutkan ialah cerita ‘indah kabar dari rupa’. Khabarnya pelajar terbaik asia tenggara – macam mana boleh failed?
    Kerja tukang sapu pun ok sebab halal, lain la kalau ada orang kerja jadi pencuri yang menyusahkan orang ramai. Saya sokong dia kerja sebagai tukang sapu sebab halal.
    Belajar peringkat mana sekalipun, kena hati hati sebab pengakuan di akhbar atau self-claim memang tak ada guna bila tak dapat sijil dari universiti.
    Mungkin beliau boleh beli sijil fake di negara eropah untuk ditunjuk kepada rakyat malaysia :)

    25 Jun 2007, 06:23

  11. Tengku

    Saya sokong apa yang telah Najmil Faiz lakukan. Bukan senang seorang yang dapat Gred 3 dalam SPM untuk bangkit. Saya salah seorang yang dapat Gred 3 juga. Akhirnya saya dapat Ph.D dari sebuah universiti di Australia pada usia 29 tahun. Kini saya ada perniagaan sendiri dan boleh dikatakan berjaya dalam bidang yang saya ceburi.

    06 Sep 2007, 23:01


Add a comment

You are not allowed to comment on this entry as it has restricted commenting permissions.

March 2005

Mo Tu We Th Fr Sa Su
Feb |  Today  | Apr
   1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31         

Search this blog

Most recent comments

  • oh, hensem nye, jehan miskin!!!!!!! Tahniah!!!!!!!!! 4 meetin jehan…......... by Arysha on this entry
  • i love this song too…thankz for the translate…i can;t do that!! by nuraini on this entry
  • Saya sokong apa yang telah Najmil Faiz lakukan. Bukan senang seorang yang dapat Gred 3 dalam SPM unt… by Tengku on this entry
  • Aiseh kak liza..malu la saya..hehehehhe by Bibi on this entry
  • isk rindu gak laa kat kak rose sapekate xwinduuuuuu… kak kuyan saya dah lame meninggalkan power sy… by apis585 on this entry

Blog archive

Loading…
Not signed in
Sign in

Powered by BlogBuilder
© MMXIX