All entries for Sunday 22 April 2007

April 22, 2007

Patut ke aku cakap?

Sekarang ni tgh nak betul-betulkan reference dan nak edit chapter 2. Dalam kepala terngiang-ngiang segala yang terjadi pada pengajian aku….penyelia pertama Z aku dah blah pergi Birm Uni, dan rupa-rupanya dia ada konflik dgn universiti Warwick dan penyelia aku yang kedua, tokwan.

Dalam hati ni meledak-ledak perasaan nak bagi tahu segala yang terbuku kepada tokwan, banyak benda sebenarnya yg aku tak puas hati pasal Z ni

Memang sebelum ni aku lebih bengang pada Tokwan berbanding penyelia aku yang pertama Z…tapi, aku mula sedar…lagi-lagi sejak akhir-akhir ni bila tokwan slowly mula mengadu kat aku pasal Z…aku pun terkedu sat…

Aku tahu selama ni aku pun tak di supervise dgn baik oleh Z….

tapi aku dah mula tahu, tokwan ada kasitau yang Z ni jenis malas nak check report yg students dia buat….dan aku pun kasitau tokwan…sebenarnya semua report yg aku kasi dia, dia tak pernah nak kasi feedback…yang sebenarnya, dia selalu layan aku mcm sampah…bila jumpa je, ada benda aku tak faham, kadang-kadang benda-benda basic, si Z ni macam marah-marah je bila ajar aku….macam aku ni bodoh nak mampus…lepas tu…asyik-asyik suruh aku belajar ngan Changfei…ye lah….so, aku ni, selama ni, ikut bontot Changfei je….aku jadi blank…tak tahu apa sebenarnya direction studies aku…

Bengang giler…sebab Savvas dari awal dah focused….buat loadflow studies…benda yg Z pakar….

in fact….masa changfei 1st year, dia buat loadflow…sama ahh mcm Savvas…so, diorang berdua dapat nama buat journal…sebab buat projek ngan Z….tapi aku????

kenapa aku diabaikan???

Arrggghhh!!!!!!

...hmm…aku ni konflik….byk benda aku tak puas hati….dgn Z…tapi, sebab aku jadi stress giler sampai sakit tu….sebabnya…aku konflik, tak tahu macamana nak hadapi benda ni…aku tak tahu nak cakap kat siapa….aku takut biler aku silap cakap…aku kantoi…

...aku fikir balik…agaknya apa yg Tokwan fikir pasal aku?Apa yg Z cakap pasal aku kat Tokwan?

...tambah-tambah pulak dgn Am pulak jauh…since dah kawin ni tanggungjawab kat keluarga pun dah makin ketara…duit byk abis utk kawin dan utk family….terpaksalah keje masa dah nak abis 2nd year….sebab duit dah tak cukup….abis 3rd year MARA dah tak kasik duit….

so…benda2 ni semua menambahkan beban kat kepala aku, padahal kalau aku boleh control studies aku, for sure masalah2 lain aku boleh handle….tapi…semua benda

...hmm…patut ke aku kasitau semua benda yg aku tak puas hati pasal Z kat Tokwan?

Patut ke?

Patut ke aku cakap?

Atau…..

cukup lah kot aku cakap kat blog ni….nanti byk bulak songeh nya…mungkin..apa yg berlaku….itu takdir….

Ya Allah…..

Engkau lebih mengetahui…..

Engkau lebih faham perasaan aku….

Aku berserah pada Kau sahaja Ya Allah….

Aku banyak hutang….dgn MARA nak dekat setengah juta….

Peliharalah aku Ya Allah!!!!!

Daripada beban hutang dan penindasan!!!!!

Bantulah aku ya Allah!!!!!


April 2007

Mo Tu We Th Fr Sa Su
Mar |  Today  | May
                  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30                  

Search this blog

Most recent comments

  • oh, hensem nye, jehan miskin!!!!!!! Tahniah!!!!!!!!! 4 meetin jehan…......... by Arysha on this entry
  • i love this song too…thankz for the translate…i can;t do that!! by nuraini on this entry
  • Saya sokong apa yang telah Najmil Faiz lakukan. Bukan senang seorang yang dapat Gred 3 dalam SPM unt… by Tengku on this entry
  • Aiseh kak liza..malu la saya..hehehehhe by Bibi on this entry
  • isk rindu gak laa kat kak rose sapekate xwinduuuuuu… kak kuyan saya dah lame meninggalkan power sy… by apis585 on this entry

Blog archive

Loading…
Not signed in
Sign in

Powered by BlogBuilder
© MMXX