March 18, 2010

Kepentingan pemahaman epistemologi di kalangan penuntut Malaysia

Selepas dua tahun saya membuat pengajian dalam pendidikan di Universiti Warwick, saya dapati masalah utama sebagai seorang penuntut yang berasal dari Malaysia peringkat doktor falsafah (PhD) adalah kekurangan pemahaman tentang teori ilmu pengetahuan, atau epistemologi. Masalah ini masih menyingkung penjalanan pengajian saya kerana ia menyentuh isu reliabiliti dan validiti hasil pengajian saya. Justifikasi qualiti sesuatu pengajian bergantung kepada mutu ilmu pengetahuan yang dijanakannya, dan justifikasi ini perlu berasaskan reliabiliti dan validiti yang konkrit. Penguasaan ilmu dalam epistemologi menjadi sangat penting dalam konteks pengajian ini.

Untuk mengisi kekurangan ini, saya telah membuat refleksi mengenai proses pembelajaran yang saya alami sejak umur tujuh tahun. Saya dapati bahawa pembelajaran saya di Malaysia terhad dalam mengikuti ilmu-ilmu yang telah dibetuk dan diguna pakai. Isu-isu mengenai cara-cara pembentukan ilmu pengetahuan baru yang bermutu tidak dijadikan sebagai satu jenis pengajaran formal di semua peringkat pendidikan. Saya rasa saya bukan seorang murid, pelajar atau penyelidik yang lemah, malas atau lembab. Tetapi penginsafan atas kekurangan pada diri saya hanya muncul selepas saya menjejak langkah ke dalam sistem pendidikan England.

Oleh sebab didorong oleh persoalan-persoalan yang sukar dijawab dalam pengajian PhD, saya mula mengambil kursus Sijil Pengajian Falsafah Terbuka (Open Certificate in Philosophical Studies) pada tahun akademik 2009/2010. Kini, dua semester sudah berlalu, dan saya bersyukur kerana dapat membuka mata yang selama ini hanya dapat pejam dalam isu-isu falsafah. Pendek kata, pembelajaran falsafah amat penting dalam proses memboleh saya untuk memahami kewujudan, penjanaan serta pengemaskinian ilmu pengetahuan.

Saya harap saya dapat membuat cadangan kepada kedua-dua Kementerian Pelajaran and Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerapkan teori mengetahuan atau epistemologi dalam sukatan pembelajaran selurah Malaysia, tanpa ikut jenis sekolah, agama atau kaum. Contoh yang boleh kita rujuk adalah buku teks yang digunakan oleh Program Diploma International Baccalaureate (IBDP). Unsur-unsur teori pengetahuan sangat penting jika negara kita berhasrat menjana ilmu yang bermutu tinggi—salah satu faktor utama untuk menjadi negara yang maju.

Malaysia mempunyai cuasa yang stabil serta alam semula jadi yang begitu menarik. Ini bukan sahaja boleh memupuk perkembangan industri pelancongan, tetapi juga sesuai untuk perkembangan pengajian dan penjanaan ilmu pengetahuan. Namun tanpa sokongan latar belakang yang berunsurkan epistemologi, iaitu pemahaman kritikal atas kaedah-kaedah penjanaan ilmu, masyarakat pada umumnya tidak dapat merasai keunikan and keunggulan bangsa Malaysia dalam potensinya bagi membuat sumbangan dalam akademia yang mutu tinggi.

Bangsa Malaysia mempunyai suasana masyarakat yang berbilang kaum. Keunikan ini telah membolehkan ramai di kalangan kita menguasai kemampuan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa. Bahasa jiwa bangsa, maka penguasaan pelbagai bahasa ini telah menyuburkan jiwa bangsa Malaysia. Jiwa yang subur ini jika ditujukan ke arah penjanaan ilmu pengetahuan, ia bukan sahaja dapat memajukan negara dari segi budaya and sosial, tetapi juga membolehkan bangsa Malaysia memiliki pemikiran yang berkualiti.

Dengan terbelajarnya epistemologi, pelajar atau penuntut Malaysia samada di tanah air atau di luar negara dapat memahami potensi sumber ilmu pengetahuan baru dan cara-cara pemikiran yang perlu ada untuk menjelmakan potensi itu kepada realiti.


- No comments Not publicly viewable


Add a comment

You are not allowed to comment on this entry as it has restricted commenting permissions.

March 2010

Mo Tu We Th Fr Sa Su
Feb |  Today  | Apr
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31            

Search this blog

Tags

Favourite blogs

Galleries

Most recent comments

  • Can't believe? Why? Your blog is very interesting! I added myself to be your fans / friend. I am not… by on this entry
  • hey! can't believe I find you here! it does make sense, could be better if you make it a flow chart?… by on this entry
  • She realised how much she wanted to change things – some people don't allow themselves that thought … by Sue on this entry
  • Hey—my sister used to have 'winter–blues' back when she was studying in Canada. Glad to hear you're … by safurah on this entry
  • by 小澤 on this entry

Blog archive

Loading…
Not signed in
Sign in

Powered by BlogBuilder
© MMXIX